Sejarah Sekolah
Dirasmikan pada 29 November 1964 oleh DYMM Tunku Bendahara Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Ditukar nama menjadi Sekolah Menegah Jitra (SMJ) pada tahun 1966 dengan sistem pendidikan baru, aliran Melayu dan Inggeris. Pada tahun 1997, mendapat nama rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMK Jitra).
Lokasi SMK Jitra amat strategik. Terletak di laluan utama Pekan Jitra dan berhampiran pusat pengajian tinggi seperti IPDA, IAB, POLIMAS, ILP, Kolej Komuniti dan Universiti Utara Malaysia. SMK Jitra juga telah mendapat pelbagai anugerah dan gelaran sehingga ke peringkat kebangsaan dan telah menjadikan SMK Jitra sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah. Antara gelaran dan anugerah yang dimenangi SMK Jitra ialah Sekolah Bestari, Sekolah Premier, Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan, Calon Sekolah Kluster, Naib Johan Sekolah Harapan Negara dan banyak lagi.
Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
Jalan Jitra
06000, Jitra
Kedah, Malaysia
Telefon = 6049171260
Fax = 6049179660
Senarai Pengetua
- En Ahmad Bin Merican
- En Chong Eng Kang
- En Mohammad Arif Bin Rahmat
- En Abd Razak Bin Abu
- En Mohammad Hanafiah Bin Ishak
- Tuan Hj Ramli Bin Md Noh
- Tuan Hj Radzi Nin Hj Hamid
- Tuan Hj Md Desa Bin Osman
- Dato' Abd Rahman Bin Yop
- Tuan Hj Shahidan Bin Abd Rahman
- En Yahya Bin Tahrin
- En Abdullah Bin Mad Yunus
- En Rooslee Bin Ismail
- Tuan Hj Abu Seman Bin Sareh Md Isa
- Pn Hjh Latipah Binti Kassim
- En. Ahmad Rushdan Bin Abd Aziz
- En. Osman Bin Noor
- En. Suhaimi Bin Haris
Pencapaian
- Sekolah Premier Daerah
- Sekolah Bestari
- Sekolah Harapan Negara
- Sekolah Lima Bintang
- Asrama Lima Bintang
- Projek Rintis Sekolah Selamat
- Naib Johan Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan 2003
- Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri 2004
- Naib Johan Sekolah Selamat Peringkat Kebangsaan 2004
- Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Kategori Sekolah Bandar 2005
- Johan Perdana Sekolah lima Bintang Versi 2 Negeri Kedah 2006
- Sekolah Cemerlang Kokurikulum 2005/2006 Peringkat Kebangsaan
- Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2007
- Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 3 2009
Lirik Lagu Sekolah
"ILMU PANDUAN HIDUP"
Bangunlah para warga
Berazam ingin maju
Pastikanlah berilmu
Kerana masa muka
Cekalkanlah berkembara
Bertekad jayapasti
Untuk nusa dan bangsa
Bukti cinta abadi
Duhai warga belia
Bersamalah berbakti
Bina tradisi murni
SMKJ takhta jaya
Berilmu dan berjasa
Berdisiplin bersatu
Tegakkan cita-cita
Ilmu panduan hidup