Thursday 17 May 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH - NISAH

16/5/18 - Pada setiap tahun Hari Guru pasti akan diraikan di setiap sekolah sebagai tanda menghargai jasa dan mengenang budi guru yang telah memberi didikan kepada kita. Justeru , SMK Jitra telah mengadakan Sambutan Hari Guru pada 16 Mei yang bertempat di Dewan Ibnu Sina. Sambutan ini bermula kira kira pada pukul 8.00 pagi iaitu ketibaan para pentadbir sekolah dan guru-guru serta berakhir pada pukul 2.00 petang.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan guru antaranya , sukaneka yang mempunyai pelbagai acara menarik serta bola tampar iaitu perlawanan antara guru dan murid-murid. Selepas itu , sambutan tersebut telah dimeriahkan lagi dengan acara di dalam dewan iaitu persembahan daripada para pelajar dan guru. Antaranya alunan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah , persembahan lagu daripada guru-guru pelatih , persembahan lakonan daripada pelajar prauniversiti rendah dan berbagai lagi.

Sambutan sebegini wajar diadakan lagi bagi meraikan guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik kita.







No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...