Thursday 3 May 2018

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN- ADAM

3/5/18 - Tepat pada jam 12.00 tengah hari, semua murid tingkatan 1,2,4 dan 6 berkumpul di Dewan Ibnu Sina kerana satu program telah dijalankan iaitu Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan serta Ceramah Ihya' Ramadan. En. Mohd. Dali Bin Awang telah merasmikan program ini dan menggalakkan seluruh pelajar untuk menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program Ihya' Ramadan ini berlangsung. Antara programnya ialah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Pertandingan Video Ragam Puasa, Pertandingan Membuat Kad Raya, Iftar Ramadan dan banyak lagi. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Seterusnya majlis ceramah pula, penceramahnya adalah Ustaz Mohd. Aizat Zakiyudin B. Mansor. Sepanjang ceramah beliau, beliau telah memberikan input-input yang berguna buat semua pelajar dan guru.

' Jadikan Ramadan Medan Mentarbiah Jiwa dan Minda ' 





PENCERAMAH

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...