Wednesday 14 February 2018

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK JITRA 2018 KALI KE 49 - NISAH , IKA , ADAM

14/2/18 - Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-49 SMK Jitra telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti 100m, 200m, 4x100, 1500m terbuka, lompat jauh dan tarik tali. Kejohanan kali ini juga dihangatkan lagi dengan acara 4x50m terbuka dan tarik tali terbuka yang disertai bekas-bekas pelajar SMK Jitra. Selain itu, waris dan guru turut mengambil bahagian dalam acara tarik tali tersebut dengan keputusan berpihak kepada pasukan waris dan guru. Penyertaan daripada setiap rumah sukan telah memeriahkan kejohanan pada tahun ini. Berikut merupakan Olahragawan dan Olahragawati Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra tahun 2018:

OLAHRAGAWAN -  Sreeram Naidu A/L Renganathan telah merangkul pingat:

  •  Emas - 3
  • Perak -2
  • Gangsa -0
OLAHRAGAWATI - Siti Anis Asyiqin Binti Zaaimudin telah merangkul pingat:
  • Emas -4
  • Perak -1
  • Gangsa -0
Berikut pula merupakan kedudukan rumah sukan dan pingat-pingat yang diperoleh oleh setiap rumah sukan :   

1. Rumah Nilam :                                           
  • Emas - 15
  • Perak - 7 
  • Gangsa - 9                            
2. Rumah Zamrud :
  • Emas - 7 
  • Perak - 4
  • Gangsa - 10                                                        
3. Rumah Delima :
  • Emas - 7 
  • Perak - 3 
  • Gangsa - 3 
4. Rumah Mutiara :
  • Emas - 5 
  • Perak - 5 
  • Gangsa - 7 
5. Rumah Baiduri :
  • Emas - 0
  • Perak - 15
  • Gangsa - 5 
Seterusnya , bagi pertandingan khemah tercantik bertemakan flora antara rumah sukan dimenangi oleh Rumah Mutiara manakala pertandingan perbarisan antara rumah sukan dimenangi oleh Rumah Baiduri . Pertandingan perbarisan antara unit beruniform pula dimenangi oleh Kadet Polis Wanita yang telah menjadi johan perbarisan unit beruniform sebanyak 3 tahun berturut-turut.

Justeru dengan adanya aktiviti sebegini dapat mencungkil bakat para pelajar dalam bidang kokurikulum dan sesuai dengan slogan badan cergas , minda cerdas.
"SMJ - BEAT THE LIMIT"

Rumah Nilam - Juara Keseluruhan.

Sreeram Naidu - Olahragawan Sekolah.
Siti Anis Asyiqin - Olahragawati Sekolah.

Kadet Polis Wanita- Perbarisan Unit Beruniform Terbaik.

Rumah Baiduri - Perbarisan Rumah Sukan Terbaik.





No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...