Sunday 13 August 2017

PROGRAM MOTIVASI DAN BENGKEL CALON PT3 - NABIL

13 Ogos 2017 - Pada 10-12 Ogos yang lalu, pelajar-pelajar tingkatan 3 yang terpilih dari SMK Jitra telah mengikuti sebuah program motivasi dan bengkel teknik menjawab soalan PT3. Seramai 25 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring telah terlibat dalam program ini. Pada petang hari Khamis 10 Ogos 2017, mereka semua bertolak dari SMK Jitra ke Sungai Petani Inn. SMK Jitra  merupakan sekolah dari daerah Kubang Pasu. SMK Ibrahim dan SMK Aman Jaya mewakili daerah Sungai Petani manakala SMK Tunku Sulong daripada Jeniang. Program ini dilancarkan oleh pihak Perbandanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Sungai Petani Inn iaitu sebuah hotel bertaraf 3 bintang merupakan lokasi program ini dilaksanakan. Sungai Petani Inn dimiliki dan diuruskan oleh Kedah Resort Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Para peserta diberi banyak pendedahan tentang perkara - perkara yang akan memotivasikan dan menginsafkan diri para peserta. Mereka juga diajar cara - cara menjawab soalan PT3 dengan betul dan tepat oleh guru - guru cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Para peserta yang terlibat perlulah bersyukur kerana dipilih untuk mengikuti program yang sangat bermanfaat ini. Diantara semua sekolah yang ditubuhkan di negeri Kedah, SMK Jitra dipilih untuk mengikuti program ini. Akhir kata, diharapakan segala pengajaran dan motivasi yang diperoleh daripada program ini dapat diimplementasikan ke dalam kehidupan harian pelajar yang terlibat.


Peserta dan guru pengiring dari SMK Jitra.

Peserta lelaki menikmati juadah yang disediakan.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...