Wednesday 21 June 2017

Majlis khatam Al-Quran - 'Aqilah

21 Jun 2017 - Alhamdulillah Majlis Khatam Al-Quran telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah dijalankan di Dewan Ibnu Sina pada jam 11.30 pagi. Bacaan ayat Al-Quran telah dipimpin oleh Cikgu Hisamuddin dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas. Program khatam Al-Quran ini diadakan bagi menghargai semua pelajar SMK Jitra yang telah selesai menjalankan tadarus Al-Quran pada setiap waktu rehat.

Beberapa saguhati diberikan kepada para pelajar yang menyertai dalam pelbagai bahagian yang telah diadakan sepanjang program Ihya Ramadhan. Antaranya khalifah bacaan surah setiap pagi, pemberi tazkirah pagi, pengkhatam Al-Quran individu dan pertandingan video pendek yang bertemakan "Ragam puasa".

                   

                                                  

Johan ( Ahsantum Crew )



Naib johan ( Difan Production )







No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...