Thursday 13 April 2017

BENGKEL PEMBINAAN GAJET DAN PEMBENTUKAN IKATAN PERINGKAT DAERAH - ALYA

12 April 2017 - Kira - jam 4petang kelmarin, sebuah bengkel pembinaan gajet dan pembentukan ikatan bagi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah telah diadakan dengan jayanya . Untuk makluman semua, SMK Jitra telah menjadi tuan rumah pada kali ini. Bengkel tersebut dijalankan di makmal biologi blok Firus .

Beberapa buah sekolah daerah Kubang Pasu yang terlibat termasuklah :
- SMK Jitra
- SMK Bandar Baru Darulaman
- SMK Permatang Bonglai
- SMK Seri Mahawangsa
- SMK Ayer Hitam
- SMK Sultan Abdul Halim

Syabas diucapkan kepada 8 orang ahli Pandu Puteri Renjer SMK Jitra yang telah berjaya menjadi fasilitator yang baik dalam bengkel tersebut . Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Hajar Bt Dahaman dan semua guru sekolah - sekolah lain yang terlibat bagi menjayakan bengkel ini .

Diharapkan agar bengkel yang berlangsung selama 2 jam ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan ahli Pandu Puteri yang terlibat .













No comments:

Post a Comment

MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...