2 Feb 2015 – Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014: Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam.
Berdasarkan surat pekeliling tersebut,etika pemakaian murid tingkatan enam Aitelah
berubah.Dalam usaha melaksanakan penjenamaan semula Tingkatan Enam,Kementerian
Pendidikan Malaysia telah meluluskan Etika Pemakaian Murid Tingkatan Enam
melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia Ke-203 pada 21 November 2013 dan Taklimat Khas Status Pelaksanaan
Penjenamaan Semula Tingkatan Enam kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan pada 27 Februari 2014.Bagi SMK Jitra,pelajar lelaki
dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang dan tali leher berwarna merah
manakala bagi pelajar perempuan pula dikehendaki memakai baju korporat berwarna
ungu.Pemakaian tersebut hanya dibenarkan pada hari Isnin dan Selasa manakala
pada hari Khamis pula semua pelajar
ditetapkan memakai pakaian batik.
Monday 2 February 2015
PELAJAR PT3 SMJ MELAKAR SEJARAH – AISYAH
23 Dis. 2014 – Seramai 38 (17.51%) orang pelajar
SMK Jitra daripada 217 telah mendapat keputusan cemerlang yang membanggakan
sekolah dalam peperiksaan PT3 yang berlangsung baru-baru ini. 4 orang
daripadanya telah mendapat 11A, 33 mendapat 10A dan seorang pelajar telah mendapat
9A. Walaupun pihak sekolah dan pelajar telah digemparkan dengan perubahan
format PT3 yang berlainan dengan PMR, guru-guru masih bersemangat dan
meneruskan usaha untuk menyampaikan ilmu dan menghadiri pelbagai kursus bagi
mendapatkan maklumat PT3. Usaha yang dicurahkan oleh para guru ini tidak
disia-siakan oleh pelajar-pelajar dan sehingga hari ini mereka masih berjuang
lagi bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.
SMK JITRA DISERBU – NUR AFRINA
1 Feb. 2015 – Baru–baru ini, seramai 33
orang guru dari SMK Datuk Bahaman Lanchang, Pahang telah melawat SMK Jitra
untuk lawatan penandaarasan. Setibanya mereka di sini, mereka telah disambut
oleh para pentadbir sekolah dan diberi taklimat oleh tuan pengetua di Bilik Mesyuarat.
Mereka juga diberikan peluang untuk bersoal jawab dengan para pentadbir tentang
perkembangan sekolah. Beberapa orang guru cemerlang telah membuat pembentangan
‘best practises’ bagi mata pelajaran masing-masing sebagai perkongsian
kedua-dua buah sekolah. Sebelum lawatan berakhir, jamuan ringkas telah
disediakan oleh pihak sekolah. Lawatan di SMK Jitra berakhir dengan kunjungan
ke asrama sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024
[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...
-
Muhammad Airel Muqrin mewakili SMK JITRA telah berjaya mendapat JOHAN dalam Pertandingan Kemahiran Bola Sepak.Taniah dan Syabas kepada semua...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...