Monday 2 February 2015

PERUBAHAN ETIKA PEMAKAIAN MURID TINGKATAN ENAM – NUR AFRINA

2 Feb 2015 – Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014: Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Berdasarkan surat pekeliling tersebut,etika pemakaian murid tingkatan enam Aitelah berubah.Dalam usaha melaksanakan penjenamaan semula Tingkatan Enam,Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan Etika Pemakaian Murid Tingkatan Enam melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203 pada 21 November 2013 dan Taklimat Khas Status Pelaksanaan Penjenamaan Semula Tingkatan Enam kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan pada 27 Februari 2014.Bagi SMK Jitra,pelajar lelaki dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang dan tali leher berwarna merah manakala bagi pelajar perempuan pula dikehendaki memakai baju korporat berwarna ungu.Pemakaian tersebut hanya dibenarkan pada hari Isnin dan Selasa manakala pada hari Khamis pula semua  pelajar ditetapkan memakai pakaian batik.

PELAJAR PT3 SMJ MELAKAR SEJARAH – AISYAH

23 Dis. 2014 – Seramai 38 (17.51%) orang pelajar SMK Jitra daripada 217 telah mendapat keputusan cemerlang yang membanggakan sekolah dalam peperiksaan PT3 yang berlangsung baru-baru ini. 4 orang daripadanya telah mendapat 11A, 33 mendapat 10A dan seorang pelajar telah mendapat 9A. Walaupun pihak sekolah dan pelajar telah digemparkan dengan perubahan format PT3 yang berlainan dengan PMR, guru-guru masih bersemangat dan meneruskan usaha untuk menyampaikan ilmu dan menghadiri pelbagai kursus bagi mendapatkan maklumat PT3. Usaha yang dicurahkan oleh para guru ini tidak disia-siakan oleh pelajar-pelajar dan sehingga hari ini mereka masih berjuang lagi bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.

SMK JITRA DISERBU – NUR AFRINA

1 Feb. 2015 – Baru–baru ini, seramai 33 orang guru dari SMK Datuk Bahaman Lanchang, Pahang telah melawat SMK Jitra untuk lawatan penandaarasan. Setibanya mereka di sini, mereka telah disambut oleh para pentadbir sekolah dan diberi taklimat oleh tuan pengetua di Bilik Mesyuarat. Mereka juga diberikan peluang untuk bersoal jawab dengan para pentadbir tentang perkembangan sekolah. Beberapa orang guru cemerlang telah membuat pembentangan ‘best practises’ bagi mata pelajaran masing-masing sebagai perkongsian kedua-dua buah sekolah. Sebelum lawatan berakhir, jamuan ringkas telah disediakan oleh pihak sekolah. Lawatan di SMK Jitra berakhir dengan kunjungan ke asrama sekolah.



MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...